SELAMAT DATANG KE BLOG JPNIN WPKL DAERAH CHERAS.....SALAM PERPADUAN DAN SALAM SATU MALAYSIA...MALAYSIA NEGARAKU YANG KUCINTAI DAN SAYANGI!!!

Monday, January 25, 2010

Marilah sama-sama membantu mangsa KEBAKARAN!!!

Rabu, 20/01/2010 , Bandar Tun Razak :- Awal pagi ini telah berlaku 1 kebakaran yang telah melibatkan 4 keluarga.Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 2 pagi tadi, empat buah rumah kluster di Lorong Makmur 8, Taman Makmur dekat sini terbakar dipercayai berpunca daripada letupan yang bermula daripada salah satu rumah di situ dan kemudiannya merebak ke tiga buah rumah yang lain dalam masa yang singkat. Pengerusi KRT Makmur, Bandar Tun Razak, En. Mohd. Hassan Bin Abd Ghani telah menghulurkan bantuan RM200 dari kewangan KRT bagi meringankan beban dan penderitaan mangsa. Pejabat Perpaduan Cheras menyeru semua warga Rukun Tetangga terutamanya turut sama-sama menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran tersebut. Buat masa ini, mangsa kebakaran diberi tempat tinggal sementara oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin di Flat Sri Kota, Cheras. Sebarang bentuk bantuan boleh disampaikan melalui KRT Makmur, Bandar Tun Razak dengan menghubungi En. Mohd Hassan Bin Abd Ghani, Pengerusi KRT Makmur, Bandar Tun Razak di talian 012-6511632.

Sunday, January 17, 2010

http://jpnin-cheras.blogspot.com/

Blog Terbaru JPNIN Cheras....yang bertanggungjawab kpd KRT dalam Daerah Cheras:

http://jpnin-cheras.blogspot.com/

TQVM.

Wednesday, January 6, 2010

Bengkel Pelaksanaan Persediaan Mengajar Kurikulum Pra-Sekolah Kebangsaan Guru Tabika Perpaduan Daerah Cheras.

23 Disember 2009 / Rabu – Pada hari tersebut, Pejabat Perpaduan Daerah Cheras telah menganjurkan 1 bengkel untuk semua Guru – guru Tabika Perpaduan Daerah Cheras, bertempat di Dewan LT 2.1, Kolej Poly – Tech MARA, Jalan 6/91, Taman Shamelin Perkasa, 56100 Kuala Lumpur. Tujuan bengkel tersebut diadakan adalah untuk memberi penerangan berkaitan persediaan mengajar kurikulum Pra – Sekolah Kebangsaan Guru Tabika Perpaduan. Hal ini untuk memastikan kesemua Guru – guru Tabika Perpaduan Daerah Cheras dapat menjalankan tugas dan melakukan yang terbaik untuk semua pelajar. Hal ini amatlah penting kerana semua pihak perlu memastikan bahawa pengajaran yang disampaikan oleh guru – guru di semua Tabika Perpaduan mencapai piawaian yang telah ditetapkan mengikut ordinan pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia.
            Selain itu juga, bengkel ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara semua guru – guru disamping dapat bertukar – tukar pandangan mengenai perkara yang berkaitan. Segala maklumat dan sesi bengkel telah disampaikan oleh 3 orang penceramah yang juga dilatih dari kalangan Guru – guru Tabika Perpaduan Daerah Cheras. Oleh itu mereka perlu menyampaikan segala ilmu yang telah dipelajari kepada rakan – rakan guru yang lain supaya semua manfaatnya dapat dikongsi bersama. Mereka yang dimaksudkan ialah Pn. Norseha Bt Hj. Idris, Pn Nyanam A/P Thasal dan Pn. Marmi Bt. Katimin. Semua peserta bengkel telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberikan latihan agar pemahanan kepada semua yang berkaitan dapat difahami sebaik mungkin. Pegawai – pegawai Perpaduan Daerah Cheras juga telah menghadirkan diri bagi menjadi urusetia pada program tersebut.
            Program bengkel ini bermula dari pukul 08.00 pagi dan tamat pada pukul 06.30 petang. Majlis Penutup Bengkel Pelaksanaan Persediaan Mengajar Kurikulum Pra – Sekolah Kebangsaan Guru Tabika Perpaduan Daerah Cheras telah disempurnakan oleh En. Mohamad Yunus Bin Zainudin, Pegawai Perpaduan Daerah Cheras. Jutaan terima kasih diucapkan kepada tuan PPD kerana sudi hadir dan merasmikan majlis penutup tersebut. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua pegawai – pegawai dan guru – guru yang sudi hadir pada hari tersebut. Pejabat Perpaduan Daerah Cheras berharap agar program – program sebegini dapat dianjurkan lagi di masa akan datang. Semoga semua guru – guru Tabika Perpaduan Daerah Cheras dapat menjalankan tugas – tugas yang telah diamanahkan dengan lebih baik dan cemerlang. 

Ceramah 1 Malaysia Peringkat Daerah Cheras dan Brickfields.

21 Disember 2009 / Isnin – Pada hari tersebut, Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Cheras dan Brickfields  telah menganjurkan satu program. Program tersebut iaitu Ceramah 1 Malaysia  telah diadakan di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa Kuala Lumpur. Program ini telah dirasmikan oleh En. Abdul Karim  Bin Abu Seman, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ceramah ini telah dihadiri oleh wakil – wakil dari setiap Kawasan Rukun Tetangga bagi Daerah Cheras dan Brickfields  serta semua guru dan penolong guru Tabika Perpaduan Daerah Cheras dan Brickfield. Ceramah tersebut telah berlangsung hampir 3 jam dan telah disampaikan oleh 3 orang penceramah iaitu En. Ramli Bin Ngah, Pembantu Pegawai Perpaduan ( Kanan ), Pengurusan Perpaduan JPNINWPKL, Pn. Norashikin Bt. Tasor, Pembantu Pegawai Perpaduan ( Kanan ) Daerah Campbell, dan Pn. Fadilah Bt. Mohaiddin, Pembantu Pegawai Perpaduan ( Kanan ) Daerah Brickfields.
            Pada dasarnya, objektif Ceramah 1 Malaysia adalah memberikan pengetahuan yang mencukupi tentang 1 Malaysia sebagai persediaan kepada pegawai – pegawai JPNIN. Pemimpin – pemimpin Rukun Tetangga, Peronda SRS, Guru dan Penolong Guru Tabika Perpaduan untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat pelbagai kaum dan peringkat umur. Ianya amat penting supaya maklumat yang disampaikan lebih tepat dan jitu terutama tentang perkara – perkara asas 1 Malaysia seperti perlembagaan, sejarah kemerdekaan, kontrak social, rukun Negara dan maklumta tepat tentang gagasan itu sendiri. Hal ini kerana 1 Malaysia merupakan slogan yang perlu diberi perhatian dan diguna pakai oleh semua pihak.
            Selain itu juga, ceramah ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran rakyat pelbagai kaum tentang betapa pentingnya Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dipelihara dan dikekalkan bagi membentuk Negara yang harmoni, sejahtera dan stabil. Melalui Jabatan dan seterusnya kepada Rukun Tetangga, segala yang berkaitan dengan rakyat akan dapat diberi perhatian dan tindakan yang sewajarnya. Melalui ceramah ini juga, semangat patriotik, ketaatan dan perasaan cintakan Negara dikalangan semua pihak dapat disemarakkan bagi membentuk warga Negara yang bertanggungjawab, berwawasan, bermoral tinggi, bermaruah dan mempunyai jati diri yang tinggi. Ceramah 1 Malaysia juga merupakan 1 platform bagi mengeratkan lagi semangat perpaduan di kalangan kepimpinan Rukun Tetangga, Guru dan Penolong Guru Tabika Perpaduan dan pegawai – pegawai Jabatan.
            Seperti mana yang diketahui umumnya, gagasan 1 Malaysia merupakan gagasan yang di inspirasikan oleh perdana Menteri Y. A. B Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak. Justeru, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional telah di amanatkan supaya berfungsi sebagai Jabatan yang menjalankan program – program berkaitan 1 Malaysia. Oleh itu, Ceramah 1 Malaysia merupakan nadi penggerak utama baji JPNIN dalam menyahut seruan kerajaan untuk menyebarkan pemahaman dan penghayatan terhadap gagasan 1 Malaysia. Ia juga merupakan salah satu medium pendidikan untuk memupuk kemahiran dan pengetahuan terhadap kepimpinan Rukun Tetangga, Guru dan Penolong Guru Tabika Perpaduan serta pegawai – pegawai Jabatan supaya sentiasa bersedia untuk menyampaikan maklumat mengenai konsep 1 Malaysia.
            Pejabat Perpaduan Daerah Cheras mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengarah serta pegawai – pegawai di Pejabat Negeri yang sudi hadir dan membantu melancarkan lagi Program Ceramah 1 Malaysia ini. Tidak lupa juga setinggi – tinggi penghargaan kepada Pejabat Perpaduan Daerah Brickfields di bawah pengurusan En. Mohamad Yunus Bin Zainudin, Pegawai Perpaduan Daerah Brickfields yang turut sama – sama bertungkus – lumus dalam menjayakan program ini.  Pejabat Perpaduan Daerah Cheras berharap agar dimasa akan datang dapat diwujudkan lagi kerjasama seperti ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang membantu secara langsung dan tidak langsung, para jemputan yang sudi meluangkan masa untuk hadir dan menjayakan program ini. Semoga program ini dapat mencapai objektifnya dan membawa pelbagai manfaat kepada kita semua.



 Ceramah 1 Malaysia yang dihadiri oleh semua wakil KRT, Guru serta Penolong Guru Daerah Cheras.





Semua peserta yang hadir mendengar segala isi ceramah yang disampaikan oleh penceramah JPNINWPKL 

Monday, January 4, 2010

Aktiviti-aktiviti Daerah Cheras 2009