19 Disember 2009 / Sabtu - Bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tasik Jalan 6/106, Bandar Seri Permaisuri Cheras 56000 Kuala Lumpur telah diadakan satu Bengkel Pelaksanaan Sistem e – Rukun Tetangga untuk beberapa KRT daerah Cheras yang terpilih. Bengkel tersebut merupakan yang pertama kali diadakan dan melibatkan dua lagi daerah yang lain di Kuala Lumpur iaitu Daerah Brickfield dan Daerah Champbell.Bengkel ini melibatkan 23 KRT dari Daerah Cheras yang terpilih berdasarkan beberapa faktor – faktor yang telah dipertimbangkan. Bagi KRT lain yang tidak terlibat akan diadakan sesi bengkel seterusnya di masa akan datang. Sesi taklimat dan ceramah disampaikan oleh wakil dari syarikat pembekal peralatan komputer iaitu R & D SerindIT Com. UUM Sdn. Bhd dan Pegawai – pegawai Perpaduan yang terlibat.
Tujuan bengkel tersebut diadakan adalah untuk memberi pendedahan serta memberi tunjuk ajar kepada wakil – wakil setiap KRT mengenai cara – cara berkaitan menggunakan sistem e – Rukun Tetangga. Sistem ini merupakan sistem on – line yang baru diperkenalkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri. Melalui sistem ini, semua AJK Rukun Tetangga boleh menghantar sebarang maklumat yang berkaitan KRT mereka secara on – line kepada pihak Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional masing – masing. AJK yang perlu hadir di bengkel ini adalah Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari KRT tersebut. Bermula tahun 2010, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional akan menggunakan sistem ini dalam proses penghantaran maklumat seperti laporan aktiviti, laporan kewangan dan minit – minit mensyuarat dari pihak KRT kepada pihak Jabatan. Setiap KRT akan diberikan ‘user name’ dan ‘password’ yang tersendiri. Setelah maklumat yang berkaitan siap dihantar ke dalam sistem, pegawai – pegawai di Jabatan akan menyemak segala maklumat yang disampaikan.
Melalui sistem ini, secara urusan yang berkaitan dengan Rukun Tetangga dapat dipermudahkan. Sebagai contoh, sebelum ini Setiausaha dan Bendahari perlu menyiapkan laporan aktiviti dan kewangan setiap bulan dan dihantar ke Pejabat Perpaduan Daerah masing – masing bagi tujuan semakan dan penilaian. Oleh itu, individu yang terlibat perlu mencari sedikit masa untuk hadir ke Pejabat Perpaduan Daerah yang berkaitan. Namun begitu, dengan adanya Sistem e – Rukun Tetangga ini ianya dapat memudahkan urusan penghantaran maklumat tersebut. Individu yang terlibat dalam menyediakan laporan seperti Setiausaha dan Bendahari hanya perlu memasukkan data secara on – line ke dalam sistem dan menghantarnya. Urusan ini boleh dilaksanakan dimana – mana sahaja mereka berada kerana ianya hanya memerlukan talian internet sahaja. Melalui sistem ini juga, penyampaian maklumat dapat di lakukan dengan lebih berkesan.
Segala taklimat dan tunjuk ajar bagi sesi 3 iaitu pada jam 2.00 petang hingga 4.45 petang untuk Daerah Cheras telah disampaikan oleh Pn. Nor Ashikin Bt. Abdul Gafar , Pembantu Pegawai Pembangunan Masyarakat Daerah Cheras dan dibantu oleh pegawai – pegawai yang lain. Sebanyak 17 KRT yang terlibat pada sesi ini dan semua yang terlibat telah memberikan kerjasama yang amat baik. Sesi tersebut dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang timbul. Sesi seterusnya iaitu sesi empat diadakan pada malam hari bermula jam 8.30 malam hingga 10.30 malam. Walaupun begitu, hanya 6 KRT dari daerah Cheras yang terlibat manakala lainnya melibatkan KRT dari Daerah Champbell. Taklimat dan tunjur ajar pada sesi ini disampaikan oleh En. Mohd Zaizie Bin Abd Rahim, Pemb. Pegawai Pembangunan Masyarakat Daerah Cheras dan Cik Nor Husnafiza Bt. Husain, Pen. Pegawai Daerah Champbell serta dibantu oleh pegawai – pegawai yang lain. Pihak urusetia amat berbesar hati dan berbanggga kerana semua yang hadir dapat memberikan kerjasama dengan amat baik sekali.
Secara keseluruhannya, bengkel ini telah berjaya dan mendapat kerjasama yang amat baik daripada semua pihak yang terlibat. Setinggi – tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan Timbalan Pengarah, En. Burhanuddin Bin Haji Daud kerana sudi meluangkan masa dan turut hadir bersama dalam menjayakan bengkel tersebut. Tidak lupa juga kepada semua pegawai – pegawai yang hadir dan membantu secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Diharapkan agar di masa akan dating dapat diadakan lagi program seperti ini kerana ianya membawa berbagai – bagai manfaat kepada semua pihak. Semoga dengan adanya sistem e – Rukun Tetangga ini ianya dapat membantu AJK Rukun Tetangga dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab yang telah di amanahkan oleh rakyat.
Banner Bengkel Pelaksanaan Sistem e - Rukun Tetangga 2009 yang diletakkan di pagar SMK Seri Tasik, Bandar Seri Permaisuri, Kuala Lumpur.
Fasilitator bagi Daerah Cheras, En, Mohd. Zaizie Bin Abd. Rahim sedang tekun memberikan taklimat dan mendapat tumpuan sepenuhnya dari para peserta.
Para peserta bengkel tekun mempelajari selok - belok berkaitan sistem dan mendapat tunjuik ajar daripada para pegawai.
No comments:
Post a Comment