SELAMAT DATANG KE BLOG JPNIN WPKL DAERAH CHERAS.....SALAM PERPADUAN DAN SALAM SATU MALAYSIA...MALAYSIA NEGARAKU YANG KUCINTAI DAN SAYANGI!!!

Thursday, March 25, 2010

Majlis Perasmian Program Jiranku Keluargaku 1 Malaysia.

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Rukun Tetangga Kg. Batu Muda dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Sentul akan menganjurkan Program Jiranku Keluargaku 1 Malaysia. Program tersebut akan dirasmikan oleh Y.B Senator Tan Sri Koh Tsu Koon,  Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Berikut merupakan butiran mengenai program tersebut:-
                Tarikh     : 27 Mac 2010 ( Sabtu )
                Masa       : 9.00 pagi
                Tempat   : Kawasan Rukun Tetangga Kampung Batu Muda, 
                                Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Sehubungan itu, Pejabat Perpaduan Daerah Cheras dengan segala hormatnya menjemput semua Warga Rukun Tetangga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, terutamanya Kawasan Rukun Tetangga Daerah Cheras untuk turut sama hadir serta bagi menjayakan program tersebut. Kesudian Y.B Dato’/ Datin / Tuan / Puan untuk hadir amatlah dihargai dan kami mengucapkan jutaan terima kasih.

Program “JOM RONDA SRS”

Sukacita dimaklumkan satu lagi lawatan kerja menteri ke Skim Rondaan Sukarela ( SRS ), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan diadakan. Butiran berkaitan program tersebut adalah seperti berikut : -
                Tarikh    : 25 Mac 2010
                Masa      : 9.00 mlm – 12.00 t/mlm
                Tempat  : Dewan Orang Ramai Kg. Malaysia Raya, 
                               Jalan Pauh Punggah, Kg. Malaysia Raya
                               Jalan Sungai Besi,
                               57100 Kuala Lumpur.

Lawatan kerja ini akan dihadiri oleh Y.B Tuan Jalaing Anak Mersat, Timbalan Menteri di Kementerian Dalam Negeri bersama – sama dengan beberapa lagi kenamaan dari pelbagai agensi. Antara acara yang akan diadakan adalah rondaan bersama anggota SRS KRT Kg Malaysia Raya serta jiran bersebelahan iaitu KRT Kg. Malaysia Tambahan dan KRT Pangsapuri Seri Malaysia. Semua AJK KRT serta anggota SRS yang berdekatan di jemput hadir bagi memeriahkan lagi program tersebut.

Friday, March 12, 2010

LAWATAN KERJA YB MENTERI KE SRS WPKL!!!

Salam Dato / Datin / Tuan/ Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa satu lawatan kerja YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon bersama TIGA Menteri lain (YB Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn, YB Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin dan YB Dato' Sri Shahrizat bt Abdul Jalil) ke Skim Rondaan Sukarela Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPM) WPKL pada 17 Mac 2010, Masa 8.00 malam, bertempat Pusat Masyarakat Fasa 3, Bandar Baru Sentul, KL. Semua Pengerusi dan 5 orang AJK tertinggi KRT WPKL dijemput hadir bagi memeriahkan Majlis dan turun bersama 3 orang peronda SRS (memakai vest dan topi serta membawa lampu suluh dan cota) meronda bersama-sama YB Menteri di kawasan sekitar Taman tersebut. sekian terima kasih, sebarang bantuan diperlukan sila hubungi dengan En. Ibrahim abdullah (PRO) JPNIN WPKL 03-21424404 ext 205.Surat jemputan akan diedar dalam masa terdekat oleh Unit RT JPNIN WPKL.

Terima kasih.

Mohd. Affendy Bin Haron
PPP(Cheras)
JPNIN WPKL
Tel :03-2142 4404 ext 260
Fax:03-2144 7837
Emel:maffendy@jpnin.gov.my

Thursday, February 25, 2010

Sambutan Tahun Baru Cina di Taman Midah 'A'

20/02/2010, Sabtu - Bertempat di Padang Permainan Jalan Midah 4C, Kawasan Rukun Tetangga Taman Midah 'A' telah menganjurkan Program Sambutan Tahun Baru Cina 2010 buat julung kalinya. Program sambutan perayaan seperti ini merupakan program yang pertama kali diadakan. Dianggarkan hampir 500 orang penduduk yang telah hadir dan menjayakan program tersebut. Selain itu juga, program ini telah ditaja oleh Dr. Jeffrey Goh Sim Ik, merangkap Pegawai Khas Kepada Menteri Wilayah Persekutuan dan merasmikan program tersebut. Pegawai Perpaduan Daerah Cheras, En. Mohamad Yunus Bin Zainuddin juga turut sama hadir.
       Selain daripada Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga Taman Midah 'A' serta penduduk di kawasan tersebut, pihak polis juga turut sama terlibat dalam menjayakan program ini. Pada malam tersebut, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintenden Abdul Rahim Hamzah Bin Othman telah merasmikan Pelancaran " Comunity Policing " bagi kawasan Taman Midah 'A'. Sempena dengan pelancaran program tersebut, pihak Polis Daerah Cheras telah menempatkan 2 orang anggota bagi mengawal selia segala perkara yang berlaku di Kawasan Rukun Tetangga Taman Midah 'A'. Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga Taman Midah 'A' telah berjaya mewujudkan satu kerjasama yang amat baik dengan pihak polis melalui Penubuhan Skim Rondaan Sukarela. Dahulunya, kadar jenayah di kawasan ini agak tinggi, akan tetapi telah turun mendadak setelah adanya Skim Rondaan Sukarela dengan kerjasama dari pihak polis.

Friday, February 19, 2010

Program KRT bersama Agensi Kerajaan!!!!

07/02/10, Ahad - Kawasan Rukun Tetangga Sri Sabah 3B dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Kementerian Sumber Manusia telah berjaya mengadakan 1 Program untuk semua penduduk di Flat Sri Sabah, Cheras. Program tersebut yang diberi nama Program 3P adalah julung kali diadakan di Kawasan Rukun Tetangga. Objektif Program tersebut adalah membawa majikan - majikan dari sektor kerajaan ataupun swasta turun ke padang dan mengadakan temuduga terbuka kepada semua penduduk yang memerlukan pekerjaan. Pada hari tersebut terdapat 8 majikan telah turut sama hadir dan menawarkan hampir 700 peluang pekerjaan kepada penduduk - penduduk di Flat Sri Sabah.
              Jawatankuasa Rukun Tetangga Flat Sri Sabah bersama - sama dengan NGO's lain di sekitar kawasan tersebut telah sama - sama berganding bahu dalam menjayakan program ini. Selain daripada pameran serta temuduga terbuka, juga diadakan 1 lagi program iaitu " Home Charity Health Programme, Together We Walk, Together We Talk" yang telah dianjurkan oleh School Of Biomedicine and Health, Diploma in Health Care intake 2009/2010 dengan kerjasama daripada Jawatankuasa Rukun Tetangga serta badan - badan bukan kerajaan yang lain. Berbagai - bagai aktiviti lain juga turut  sama dianjurkan seperti pameran kesihatan, sesi menderma darah, sukaneka untuk kanak - kanak yang tinggal di Flat Sri Sabah serta penyampaian sumbangan derma kepada anak - anak yatim di Flat Sri Sabah.
                  Program yang berlangsung dalam jangka masa 1 hari ini telah membuka berbagai - bagai peluang kepada anak muda terutamanya dalam proses mendapatkan pekerjaan bagi menyara kehidupan seharian disamping menambah pendapatan seisi keluarga. Diharapkan program seperti ini dapat dijadikan contoh dan panduan kepada semua Jawatankuasa Rukun Tetangga seluruh Malaysia kerana ianya memberi satu perkhidmatan yang amat berguna kepada masyarakat setempat. Program sebegini juga amatlah diharapkan kerana ianya dapat mewujudkan 1 kerjasama yang baik di antara Rukun Tetangga bersama - sama agensi kerajaan dan swasta yang lain.
                   
            

Selamat Tahun Baru Cina!!!! Gong Xi Fa Cai!!!

Pejabat Perpaduan Daerah Cheras mengambil kesempatan ini bagi mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA, GONG XI FA CAI  kepada semua warga Rukun Tetangga yang akan atau telah menyambut perayaan tersebut. Diharapkan Tahun Harimau yang mendatang ini dapat memberikan perbagai - bagai kebaikan kepada semua pihak.