SELAMAT DATANG KE BLOG JPNIN WPKL DAERAH CHERAS.....SALAM PERPADUAN DAN SALAM SATU MALAYSIA...MALAYSIA NEGARAKU YANG KUCINTAI DAN SAYANGI!!!

Friday, February 19, 2010

Program KRT bersama Agensi Kerajaan!!!!

07/02/10, Ahad - Kawasan Rukun Tetangga Sri Sabah 3B dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Kementerian Sumber Manusia telah berjaya mengadakan 1 Program untuk semua penduduk di Flat Sri Sabah, Cheras. Program tersebut yang diberi nama Program 3P adalah julung kali diadakan di Kawasan Rukun Tetangga. Objektif Program tersebut adalah membawa majikan - majikan dari sektor kerajaan ataupun swasta turun ke padang dan mengadakan temuduga terbuka kepada semua penduduk yang memerlukan pekerjaan. Pada hari tersebut terdapat 8 majikan telah turut sama hadir dan menawarkan hampir 700 peluang pekerjaan kepada penduduk - penduduk di Flat Sri Sabah.
              Jawatankuasa Rukun Tetangga Flat Sri Sabah bersama - sama dengan NGO's lain di sekitar kawasan tersebut telah sama - sama berganding bahu dalam menjayakan program ini. Selain daripada pameran serta temuduga terbuka, juga diadakan 1 lagi program iaitu " Home Charity Health Programme, Together We Walk, Together We Talk" yang telah dianjurkan oleh School Of Biomedicine and Health, Diploma in Health Care intake 2009/2010 dengan kerjasama daripada Jawatankuasa Rukun Tetangga serta badan - badan bukan kerajaan yang lain. Berbagai - bagai aktiviti lain juga turut  sama dianjurkan seperti pameran kesihatan, sesi menderma darah, sukaneka untuk kanak - kanak yang tinggal di Flat Sri Sabah serta penyampaian sumbangan derma kepada anak - anak yatim di Flat Sri Sabah.
                  Program yang berlangsung dalam jangka masa 1 hari ini telah membuka berbagai - bagai peluang kepada anak muda terutamanya dalam proses mendapatkan pekerjaan bagi menyara kehidupan seharian disamping menambah pendapatan seisi keluarga. Diharapkan program seperti ini dapat dijadikan contoh dan panduan kepada semua Jawatankuasa Rukun Tetangga seluruh Malaysia kerana ianya memberi satu perkhidmatan yang amat berguna kepada masyarakat setempat. Program sebegini juga amatlah diharapkan kerana ianya dapat mewujudkan 1 kerjasama yang baik di antara Rukun Tetangga bersama - sama agensi kerajaan dan swasta yang lain.
                   
            

No comments:

Post a Comment