SELAMAT DATANG KE BLOG JPNIN WPKL DAERAH CHERAS.....SALAM PERPADUAN DAN SALAM SATU MALAYSIA...MALAYSIA NEGARAKU YANG KUCINTAI DAN SAYANGI!!!

Thursday, February 25, 2010

Sambutan Tahun Baru Cina di Taman Midah 'A'

20/02/2010, Sabtu - Bertempat di Padang Permainan Jalan Midah 4C, Kawasan Rukun Tetangga Taman Midah 'A' telah menganjurkan Program Sambutan Tahun Baru Cina 2010 buat julung kalinya. Program sambutan perayaan seperti ini merupakan program yang pertama kali diadakan. Dianggarkan hampir 500 orang penduduk yang telah hadir dan menjayakan program tersebut. Selain itu juga, program ini telah ditaja oleh Dr. Jeffrey Goh Sim Ik, merangkap Pegawai Khas Kepada Menteri Wilayah Persekutuan dan merasmikan program tersebut. Pegawai Perpaduan Daerah Cheras, En. Mohamad Yunus Bin Zainuddin juga turut sama hadir.
       Selain daripada Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga Taman Midah 'A' serta penduduk di kawasan tersebut, pihak polis juga turut sama terlibat dalam menjayakan program ini. Pada malam tersebut, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintenden Abdul Rahim Hamzah Bin Othman telah merasmikan Pelancaran " Comunity Policing " bagi kawasan Taman Midah 'A'. Sempena dengan pelancaran program tersebut, pihak Polis Daerah Cheras telah menempatkan 2 orang anggota bagi mengawal selia segala perkara yang berlaku di Kawasan Rukun Tetangga Taman Midah 'A'. Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga Taman Midah 'A' telah berjaya mewujudkan satu kerjasama yang amat baik dengan pihak polis melalui Penubuhan Skim Rondaan Sukarela. Dahulunya, kadar jenayah di kawasan ini agak tinggi, akan tetapi telah turun mendadak setelah adanya Skim Rondaan Sukarela dengan kerjasama dari pihak polis.

No comments:

Post a Comment