SELAMAT DATANG KE BLOG JPNIN WPKL DAERAH CHERAS.....SALAM PERPADUAN DAN SALAM SATU MALAYSIA...MALAYSIA NEGARAKU YANG KUCINTAI DAN SAYANGI!!!

Wednesday, January 6, 2010

Bengkel Pelaksanaan Persediaan Mengajar Kurikulum Pra-Sekolah Kebangsaan Guru Tabika Perpaduan Daerah Cheras.

23 Disember 2009 / Rabu – Pada hari tersebut, Pejabat Perpaduan Daerah Cheras telah menganjurkan 1 bengkel untuk semua Guru – guru Tabika Perpaduan Daerah Cheras, bertempat di Dewan LT 2.1, Kolej Poly – Tech MARA, Jalan 6/91, Taman Shamelin Perkasa, 56100 Kuala Lumpur. Tujuan bengkel tersebut diadakan adalah untuk memberi penerangan berkaitan persediaan mengajar kurikulum Pra – Sekolah Kebangsaan Guru Tabika Perpaduan. Hal ini untuk memastikan kesemua Guru – guru Tabika Perpaduan Daerah Cheras dapat menjalankan tugas dan melakukan yang terbaik untuk semua pelajar. Hal ini amatlah penting kerana semua pihak perlu memastikan bahawa pengajaran yang disampaikan oleh guru – guru di semua Tabika Perpaduan mencapai piawaian yang telah ditetapkan mengikut ordinan pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia.
            Selain itu juga, bengkel ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara semua guru – guru disamping dapat bertukar – tukar pandangan mengenai perkara yang berkaitan. Segala maklumat dan sesi bengkel telah disampaikan oleh 3 orang penceramah yang juga dilatih dari kalangan Guru – guru Tabika Perpaduan Daerah Cheras. Oleh itu mereka perlu menyampaikan segala ilmu yang telah dipelajari kepada rakan – rakan guru yang lain supaya semua manfaatnya dapat dikongsi bersama. Mereka yang dimaksudkan ialah Pn. Norseha Bt Hj. Idris, Pn Nyanam A/P Thasal dan Pn. Marmi Bt. Katimin. Semua peserta bengkel telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberikan latihan agar pemahanan kepada semua yang berkaitan dapat difahami sebaik mungkin. Pegawai – pegawai Perpaduan Daerah Cheras juga telah menghadirkan diri bagi menjadi urusetia pada program tersebut.
            Program bengkel ini bermula dari pukul 08.00 pagi dan tamat pada pukul 06.30 petang. Majlis Penutup Bengkel Pelaksanaan Persediaan Mengajar Kurikulum Pra – Sekolah Kebangsaan Guru Tabika Perpaduan Daerah Cheras telah disempurnakan oleh En. Mohamad Yunus Bin Zainudin, Pegawai Perpaduan Daerah Cheras. Jutaan terima kasih diucapkan kepada tuan PPD kerana sudi hadir dan merasmikan majlis penutup tersebut. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua pegawai – pegawai dan guru – guru yang sudi hadir pada hari tersebut. Pejabat Perpaduan Daerah Cheras berharap agar program – program sebegini dapat dianjurkan lagi di masa akan datang. Semoga semua guru – guru Tabika Perpaduan Daerah Cheras dapat menjalankan tugas – tugas yang telah diamanahkan dengan lebih baik dan cemerlang. 

No comments:

Post a Comment