SELAMAT DATANG KE BLOG JPNIN WPKL DAERAH CHERAS.....SALAM PERPADUAN DAN SALAM SATU MALAYSIA...MALAYSIA NEGARAKU YANG KUCINTAI DAN SAYANGI!!!

Wednesday, January 6, 2010

Ceramah 1 Malaysia Peringkat Daerah Cheras dan Brickfields.

21 Disember 2009 / Isnin – Pada hari tersebut, Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Cheras dan Brickfields  telah menganjurkan satu program. Program tersebut iaitu Ceramah 1 Malaysia  telah diadakan di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa Kuala Lumpur. Program ini telah dirasmikan oleh En. Abdul Karim  Bin Abu Seman, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ceramah ini telah dihadiri oleh wakil – wakil dari setiap Kawasan Rukun Tetangga bagi Daerah Cheras dan Brickfields  serta semua guru dan penolong guru Tabika Perpaduan Daerah Cheras dan Brickfield. Ceramah tersebut telah berlangsung hampir 3 jam dan telah disampaikan oleh 3 orang penceramah iaitu En. Ramli Bin Ngah, Pembantu Pegawai Perpaduan ( Kanan ), Pengurusan Perpaduan JPNINWPKL, Pn. Norashikin Bt. Tasor, Pembantu Pegawai Perpaduan ( Kanan ) Daerah Campbell, dan Pn. Fadilah Bt. Mohaiddin, Pembantu Pegawai Perpaduan ( Kanan ) Daerah Brickfields.
            Pada dasarnya, objektif Ceramah 1 Malaysia adalah memberikan pengetahuan yang mencukupi tentang 1 Malaysia sebagai persediaan kepada pegawai – pegawai JPNIN. Pemimpin – pemimpin Rukun Tetangga, Peronda SRS, Guru dan Penolong Guru Tabika Perpaduan untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat pelbagai kaum dan peringkat umur. Ianya amat penting supaya maklumat yang disampaikan lebih tepat dan jitu terutama tentang perkara – perkara asas 1 Malaysia seperti perlembagaan, sejarah kemerdekaan, kontrak social, rukun Negara dan maklumta tepat tentang gagasan itu sendiri. Hal ini kerana 1 Malaysia merupakan slogan yang perlu diberi perhatian dan diguna pakai oleh semua pihak.
            Selain itu juga, ceramah ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran rakyat pelbagai kaum tentang betapa pentingnya Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dipelihara dan dikekalkan bagi membentuk Negara yang harmoni, sejahtera dan stabil. Melalui Jabatan dan seterusnya kepada Rukun Tetangga, segala yang berkaitan dengan rakyat akan dapat diberi perhatian dan tindakan yang sewajarnya. Melalui ceramah ini juga, semangat patriotik, ketaatan dan perasaan cintakan Negara dikalangan semua pihak dapat disemarakkan bagi membentuk warga Negara yang bertanggungjawab, berwawasan, bermoral tinggi, bermaruah dan mempunyai jati diri yang tinggi. Ceramah 1 Malaysia juga merupakan 1 platform bagi mengeratkan lagi semangat perpaduan di kalangan kepimpinan Rukun Tetangga, Guru dan Penolong Guru Tabika Perpaduan dan pegawai – pegawai Jabatan.
            Seperti mana yang diketahui umumnya, gagasan 1 Malaysia merupakan gagasan yang di inspirasikan oleh perdana Menteri Y. A. B Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak. Justeru, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional telah di amanatkan supaya berfungsi sebagai Jabatan yang menjalankan program – program berkaitan 1 Malaysia. Oleh itu, Ceramah 1 Malaysia merupakan nadi penggerak utama baji JPNIN dalam menyahut seruan kerajaan untuk menyebarkan pemahaman dan penghayatan terhadap gagasan 1 Malaysia. Ia juga merupakan salah satu medium pendidikan untuk memupuk kemahiran dan pengetahuan terhadap kepimpinan Rukun Tetangga, Guru dan Penolong Guru Tabika Perpaduan serta pegawai – pegawai Jabatan supaya sentiasa bersedia untuk menyampaikan maklumat mengenai konsep 1 Malaysia.
            Pejabat Perpaduan Daerah Cheras mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengarah serta pegawai – pegawai di Pejabat Negeri yang sudi hadir dan membantu melancarkan lagi Program Ceramah 1 Malaysia ini. Tidak lupa juga setinggi – tinggi penghargaan kepada Pejabat Perpaduan Daerah Brickfields di bawah pengurusan En. Mohamad Yunus Bin Zainudin, Pegawai Perpaduan Daerah Brickfields yang turut sama – sama bertungkus – lumus dalam menjayakan program ini.  Pejabat Perpaduan Daerah Cheras berharap agar dimasa akan datang dapat diwujudkan lagi kerjasama seperti ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang membantu secara langsung dan tidak langsung, para jemputan yang sudi meluangkan masa untuk hadir dan menjayakan program ini. Semoga program ini dapat mencapai objektifnya dan membawa pelbagai manfaat kepada kita semua.



 Ceramah 1 Malaysia yang dihadiri oleh semua wakil KRT, Guru serta Penolong Guru Daerah Cheras.





Semua peserta yang hadir mendengar segala isi ceramah yang disampaikan oleh penceramah JPNINWPKL 

No comments:

Post a Comment